JASA PENGORBANAN SEORANG AYAH

SEPETANG DI MATRIKULASI KUALA PILAH.
Pengorbanan & kasih sayang seorang ayah

Dari jendela kereta, sedang aku menikmati makanan, kelihatan di sebelah keretaku seorang lelaki tua terbongkok-bongkok menyusun kertas dan buku ke dalam kotak . Lagaknya seperti pembeli barangan terpakai. Terlintas dalam fikiran, ”Bagi sajalah kertas dan buku-buku terpakai kepunyaan anakku, jadi tak perlu beratkan kereta dengan bahan-bahan yang akan dibuang.” Belum sempat aku bertindak, tiba-tiba terpancul remaja perempuan seusia anakku sambil membawa lebih banyak barang dan dihulurkan kepada lelaki tersebut. 



Oh rupanya lelaki itu dan aku sama-sama datang mengambil barang anak yang akan tamat matrikulasi pada hari selasa ini. Nasib baik tak sempat tunaikan niat tadi. Kalau tidak betapa malunya aku. Lelaki itu sekejap duduk, sekejap berdiri sambil memikirkan susun atur barangan di atas motosikalnya, Tambahan pula setiap barang perlu dibungkus dengan plastik kerana hujan mulai renya-renyai.

Persoalannya: Apakah anak itu akan menyayangi ibubapanya sebagaimana ibubapa menyayanginya?

Dipetik dari Facebook Baharuddin Abdul Jabar

0 comments:

Post a Comment